Ikan Patin

Ikan Patin

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.

Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
4. Patin Buah
5. Patin Mucung
6. Patin Juara

Ikan Patin Mekong

Ikan Patin Mekong

MEKONG giant catfish adalah spesies ikan catfish (spesies keluarga ikan bermisai termasuklah spesies tempatan iaitu patin dan keli) dikelaskan berada dalam genus Pangasianodon dan di dalam keluarga besar Pangasiidae (shark catfish family), dengan membawa nama saintifik, Pangasianodon gigas.

Di Malaysia, Mekong giant catfish ini dipanggil patin Mekong, manakala di negara asalnya Thailand, ia dipanggil pla buk (sebutan - pla buek). Spesies ikan yang tergolong dalam ikan bersaiz besar ini berasal dari Lembangan Mekong di Asia Tenggara dan bersebelahan dengan negara China.

Dan ramai yang tidak menyangka, spesies yang kian mendapat tempat di hati penggemar aktiviti sukan memancing ini disenaraikan sebagai spesies yang diancam kepupusan pada tahap kritikal.

Dari segi sejarah, spesies ini berasal dari Sungai Mekong yang lebih rendah di Vietnam (di kawasan air payau yang berpengaruh di delta sungai) sehingga ke arah utara sungai di wilayah Yunnan China, yang merangkumi hampir 4,800 kilometer panjang sungai.

Berikutan ancaman kepupusan, spesies ini tidak lagi mendiami sebahagian besar habitat asalnya. Kini dipercayai hanya wujud dalam populasi kecil dan terpencil di rantau Mekong tengah.

Ikan patin Mekong berkumpul semasa permulaan musim hujan dan bermigrasi ke hulu untuk membiak. Mereka hidup terutamanya di sistem utama sungai, yang mana kedalaman air adalah lebih dari 10 meter.

Melihat pada saiznya, seperti sukar untuk percaya bahawa spesies ini memakan zooplankton di sungai sebagai diet utama walaupun turut dikenali sebagai kanibalisme.

Memasuki usia juvenil atau selepas kira-kira satu tahun, ikan ini akan bersifat herbivor dan Ikan ini mungkin mendapat makanannya daripada alga yang tumbuh di atas permukaan berbatu, berikutan ia merupakan spesies ikan yang tidak memiliki gigi.

Dari aspek penampilan dan saiz, ikan patin Mekong lazimnya berwarna putih kekelabuan dan kekurangan corak pola badan. Ikan patin Mekong dibezakan daripada spesies ikan patin besar lain di Sungai Mekong ini dengan hampir ketiadaan barbel (misai atau sesungut) dan ketiadaan gigi.

Ikan Tilapia

Ikan Patin Mekong

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia.

Antara genus ikan tilapia adalah:

1. Alcolapia
2. Danakilia
3. Iranocichla
4. Oreochromis
     › Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus)
     › Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
     › Tilapia Biru (Oreochromis aureus)
5. Sarotherodon
6. Steatocranus
7. Stomatepia
8. Tilapia
     › Tilapia Mossambica