Dunia Pemancing Malaysia

Mengenai DPM

Salam Sejahtera, Salam Hormat dan SALAM PACAKKK… kepada semua warga pemancing di Malaysia.

Dunia Pemancing Malaysia atau lebih dikenali sebagai DPM telah ditubuhkan pada ......................... oleh pengasasnya En P Jeganathan dengan niat menjadikan DPM sebagai suatu badan pergabungan diantara kesemua category pemancing di Malaysia. Hobi memancing merupakan suatu hobi yang meliputi hampir kesemua masyarakat tempatan di Malaysia. Tidak kira tua atau muda mahupun miskin atau kaya, hobi memancing telah menjadi amat popular dikalangan kesemua lapisan masyarakat. Terdapat banyak kategori memancing seperti:

➜  Memancing di sungai
➜  Memancing di kolam
➜  Memancing di lombong
➜  Memancing di tasik
➜  Memancing di pantai
➜  Memancing di laut dalam
➜  Memancing di jeti
➜  Memancing di kelong
➜  Memancing di rumah rakit
➜  Memancing di parit

Semenjak DPM diujudkan pelbagai aktiviti telah diusahakan untuk merapatkan silaturrahim diantara pemancing. Salah satu aktiviti ialah Acara Kemuncak Salam Pacakkk… yang telah diadakan dengan Berjaya selama 3 kali. DPM juga pernah mengadakan aktiviti memancing yang berkonsepkan kemasyarakatan. Klinik Klinik cara dan teknik memancing juga giat dijalankan. DPM bukan kelab ataupun persatuan. DPM ialah sebuah BRAND yang akan mengharumkan nama Negara Malaysia di persada Dunia Memancing Antarabangsa.