P. Jeganathan

Profil Pengasas

Pengasas Dunia Pemancing Malaysia @ DPM ialah En Jeganathan Pithavadian atau lebih dikenali dengan nama Jegan di dalam Industry Perfileman tanah air Malaysia. Jegan yang digemari oleh kesemua peminat tanah air Malaysia melalui lakonan beliau didalam watak antigonis dan Jegan juga dikenali untuk bakat versatile beliau untuk apa sahaja watak yang diberikan telah lahir pada tahun 8hb July 1974 di Kuala Lumpur. Jegan merupakan anak pertama dalam keluarga dan mempunyai tiga adik beradik yang bernama Nageswary , Vimala dan Tina Raj. Ibu bapa beliau ialah En Pithavadian Jaganathan dan Ailantham Poonusamy. Jegan dinamakan dengan nama datuknya yang juga bernama Jaganathan sebagai adat dari keluarga bapa Jegan. Beliau telah dibesarkan di Ampang Selangor dan telah menghabiskan zaman persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ampang dan Sekolah Menengah Hulu Kelang. Beliau juga telah mengambil kursus Undang Undang di Kolej Kobeaurium Institute Of Law dan kursus Perniagaan dari Kolej ATC. Kerjaya beliau di dalam Industry Perfileman telah bermula dari Home Video Distributors @ HVD dimana beliau telah memulakan karrier sebagai seorang Sound Engineer dan Life Effects Engineer @ Folley. Jegan telah memulakan kerjaya sebagai seorang pelakun dari teater pentas pada tahun 1991 dan sehingga kini beliau telah berlakun didalam banyak filem dan drama.

Kemahiran beliau seperti berikut:

✓  Berlakon
✓  Mengarah
✓  Menulis Skrip
✓  Lakun Layar
✓  Bernyanyi
✓  Komposer
✓  Menulis Lagu
✓  Bermain Gendang Tradisional
✓  Tarian Bharathanatyam
✓  Folley

Bidang sukan yang pernah beliau wakili di peringkat sekolah, daerah dan syarikat Berjaya Group:

✓  Merejam Lembing
✓  Melontar Peluru
✓  Melontar Cakera
✓  Badminton
✓  Volleyball
✓  Tennis
✓  Squash
✓  Snooker

3 Kali Olahragawan - Jegan pernah mewakili Berjaya Group Of Companies untuk Acara Sukan World Corporate Games dalam acara Badminton.

Jegan juga pernah dinobatkan sebagai Mr Convention di dalam Malaysian Youth Convention sebagai remaja contoh yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Kementerian Sukan Malaysia.

Beliau juga merupakan Pengasas Dunia Pemancing Malaysia dan Pengarah kepada Syarikat DPM Managements & Services.